Persoalannya ada pesalah selain Anwar yg terlepas dari hukuman kerana tiada pendakwaan dibuat malah tidak diendahkan boleh difikirkan sendiri oleh pembaca. Mungkin selepas 5 tahun dipenjara kelak bilik sel penjara Anwar boleh dijadikan objek pelancongan itu pun jika Anwar tidak dipenjara lagi [You Know What I Mean?]….
Selesa begitulah apa yang ditulis oleh Utusan Online – MRM klik sini baca kronologi perbicaraan Anwar dipenjara semula hari ini oleh Malaysiakini BM dan apa kata Saiful Bukhari.
SELESA… Inilah sel menempatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih luas dan selesa berbanding sel banduan-banduan lain di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Selain kemudahan asas seperti katil, sel itu juga dilengkapi meja untuk menulis dan membaca, rak buku serta tempat khas untuk mengambil wuduk.
Gambar yang dirakamkan menerusi berita TV RTM petang semalam menyangkal sama sekali tuduhan bahawa Anwar ditempatkan dalam keadaan amat tidak selesa, kononnya dengan ruang bilik yang sempit serta menerima layanan buruk.
Kini, Anwar menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur dengan kemudahan rawatan wad kelas satu, yang juga tidak dinikmati oleh banduan-banduan lain.
* SEL yang menempatkan Anwar di Penjara Sungai Buloh, Selangor. – Gambar ihsan RTM.
KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima layanan `di luar kebiasaan’ yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana banduan sepanjang rawatannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sakit tulang belakang.
Antara layanan istimewa yang diterima oleh Anwar sejak dimasukkan ke wad kelas satu HKL sejak 25 November lalu ialah kemudahan televisyen dan peti sejuk selain lain-lain kemudahan asas yang disediakan.
Maklumat dan visual mengenainya disiarkan oleh berita televisyen RTM yang mengadakan tinjauan di HKL hari ini.
Tinjauan itu membuktikan dakwaan isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya tidak diberi layanan istimewa adalah meleset.
Selasa lalu, Dr. Wan Azizah menafikan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mendakwa suaminya menerima layanan istimewa sebagai banduan. Beliau turut mendakwa Syed Hamid telah cuba memberi gambaran yang salah melalui kenyataan tersebut.
HKL antara lain memberi layanan istimewa dengan menyediakan tukang masak khas untuk Anwar manakala makanan yang siap dimasak pula disediakan menerusi bekas khas berkunci sebagai langkah keselamatan.
Beliau disajikan makanan tiga kali sehari mengikut menu pihak hospital.
Malah, kunjungan anggota keluarga, peguam dan rakan-rakan juga dibenarkan hampir setiap hari melawat Anwar tanpa sekatan. Anwar turut mendapat kemudahan membaca majalah-majalah asing.
Di Penjara Sungai Buloh pula, Anwar mempunyai kemudahan meja tulis dan rak buku dengan sel penjara yang lebih luas serta selesa ruangnya berbanding sel-sel banduan lain. Di sel itu juga, disediakan pili khas untuk mengambil wudhuk.
Sementara itu, Pengarah HKL, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik berkata, beliau telah bertemu dengan pakar perubatan dari Jerman, Dr. Thomas Hoogland yang mengesahkan ada pakar tempatan yang mampu merawat penyakit Anwar.
“Hoogland pernah berjumpa saya dan ditemani oleh (Dr.) Wan Azizah.
“Beliau kemudiannya bersama beberapa orang pakar HKL telah menemui dan memeriksa Anwar.
“Selepas pemeriksaan terhadap Anwar dan dibawa melihat peralatan dan kemudahan perubatan di HKL, beliau telah berbincang dengan pakar di sini dan merasakan rawatan boleh dilakukan di HKL,” katanya.
Anwar kini menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama 15 tahun atas kesalahan rasuah dan liwat.
Dalam pada itu, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Wan Mohd. Nazarie Wan Mahmod berkata, Dr. Wan Azizah seharusnya berterima kasih dengan layanan istimewa yang diberikan oleh pihaknya kepada Anwar berbanding banduan lain.
Kata beliau, Anwar telah diberikan beberapa kelonggaran seperti masa lawatan yang lebih kerap kepada keluarganya terutama semasa berada di hospital.
“Kita menggunakan kuasa yang ada seperti yang diperuntukkan di bawah akta dan peraturan penjara.
“Selain itu, pertimbangan dan cadangan daripada pihak perubatan turut diambil kira oleh pihak penjara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Sumber Utusan Online
sumber http://kalamungu.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment